kisah Nabi Yahya AS
Sunday, January 20, 2013
0
komentar
Kisah Nabi Yahya AS
kisah
Nabi Yahya AS pada zaman rasul, nah ni kisah nabi and rasul kita selanjutnya
moga bermanfaat buat sobat semua.. ...
Nabi
Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota
keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya
adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar
hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan
mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka
tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Ia khuatir
bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat
melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa mereka akan makin rusak dan makin
berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka
mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan
hukum-hukum agama.
Kekhuatiran
itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia
sejak kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum
mengurniakannya dengan seorang anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi
penggantinya memimpin dan mengimami Bani Isra’il. Ia agak terhibur dari rasa
sedih dan kekhuatirannya semasa ia bertugas memelihara dan mengawasi Maryam
yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya
dan keinginanya yang kuat untuk memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia
menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam
hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang
telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan
berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun
usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu malam yang sudah larut duduklah
Zakaria di mihramnya menghiningkan cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran
Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat.
Dengan suara yang lemah lembut berucaplah ia dalam doanya: “Ya Tuhanku
berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari
keluarga Ya’qub, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani
Isra’il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku
akan rusak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati tanpa seorang
pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah
dan kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku adalah seorang perempuan yang
mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala kekuasaan dan aku tidak
jemu-jemunya berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera
yang soleh yang engkau redhai.”
Allah
berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: “Hai Zakaria Kami memberi khabar
gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh
yang membenarkan kitab-kitab Allah menjadi pemimpin yang diikuti bertahan diri
dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi.”
Berkata
Zakaria: “Ya Tuhanku bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteri
adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usianya.”
Allah
menjawab dengan firman-Nya: “Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku.
Tidakkah aku telah ciptakan engkau padahal engkau di waktu itu belum ada sama
sekali?”
Berkata
Zakaria: “Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah
mengandung.” Allah berfirman: “Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat
berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan
isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah diwaktu
petang dan pagi hari.”
Nabi
Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia
diberi ilmu dan hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera
yang berbakti kepada kedua ora ng tuanya dan bukanlah orang yang sombong
durhaka. Ia terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda,
sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh
kepada kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan
matanya cekung.
Ia
dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal
kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia
memiliki keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca
orang dan tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya
menegakkan kebenaran dan melawan kebathilan.
Ia
selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosanya.
Dan sebagai tanda taubatnya mereka dipermandikan { dibaptiskan } di sungai
Jordan, kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan
kerana Nabi Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia
dijuluki “Yahya Pembaptis”.
Dikisahkan
bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya
sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan
ramping dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan
seluruh anggota keluarga menyentujui rencan perkahwinan itu, namun Nabi Yahya
menentangnya dan mengeluarkan fakwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh
dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seorang
mengahwini anak saudaranya sendiri.
Berita
rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang melarangnya
tersiar di seluruh pelosok kota dan menjadi pembicaraan orang di segala tempat
di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih
bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan
perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri, fatwa mana telah membawa reaksi
dan pendapat dikalangan masyarakat yang luas. Ia khuatir bahawa bapa saudaranya
Herodus calon suami dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa
membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan
bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang
perlu untuk pesta perkahwinan yang telah disepakati itu.
Menghadapi
fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia
berusaha dengan bersenjatakan kecantikkan dan parasnya yang ayu itu
mempengaruhi bapa saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan
dilaksanakan menurut rencana. Dengan merias diri dan berpakaian yang
merangsang, ia pergi mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda
mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang
nampak lebih cantik daripada biasa : “Hai manisku, apakah yang dapat aku berbuat
untukmu. Katakanlah aku akan patuhi segala permintaanmu, kedatanganmu kemari
pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau
sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku
sedia melayani segala keperluan dan keinginanmu.”
Herodia
menjawab: “Bila Tuan Raja berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan
yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang
tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana
kita dan mencemarkan nama baik Tuan Raja dan namaku sekeluarga di segala tempat
dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan
besarnya terima kasihku, bila Tuanku berkenan meluluskan permintaanku ini”.
Herodus
yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan
Herodia tidak berkulik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak
dapat berbuat selain tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati
nuraninya dan panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama
dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan
kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa
hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama
yang akan menghalangi rencana perkahwinannta telah tersingkirkan, walaupun
perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani
Isra’il seluruhnya.
Cerita
tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah
Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan
surah Al-Anbiya’ ayat 89 sehingga ayat 90.
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAUDARA
Judul: kisah Nabi Yahya AS
Ditulis oleh Doa Khusus Spiritual
Rating Blog 5 dari 5
Semoga artikel ini bermanfaat bagi saudara. Jika ingin mengutip, baik itu sebagian atau keseluruhan dari isi artikel ini harap menyertakan link dofollow ke http://doaspiritual.blogspot.com/2013/01/kisah-nabi-yahya-as.html. Terima kasih sudah singgah membaca artikel ini.Ditulis oleh Doa Khusus Spiritual
Rating Blog 5 dari 5
0 komentar:
Post a Comment